Categories
Nota

Tips Ujian Psikometrik

Kajian menunjukkan ujian psikometrik adalah cara yang terbaik untuk mengenali calon sebelum ke peringkat seterusnya; temuduga.

Ujian psikometrik secara umumnya dibahagikan kepada verbal reasoning dan numerical reasoning.

Ujian psikometrik lebih dikenali sebagai ujian untuk mengenali kemahiran kognitif dan juga personaliti calon. Pembolehubah dalam ujian ini berbentuk objektif untuk mengenali calon dari segi potensi,kebolehan dan juga minat.

Kemahiran berfikir secara kognitif merujuk kepada proses mental calon untuk berfikir, mentafsir, dan menyelesaikan masalah. Secara amnya, menguji kemahiran calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Ujian psikometrik turut menguji personaliti calon melalui komponen-komponen soalan yang akan menilai ciri-ciri seperti nilai integriti, displin, kemahiran bersosial, kemahiran berkomunikasi, kerjasama dalam kumpulan, sifat kepimpinan dan juga pengurusan emosi.

Numerical reasoning akan mengukur kebolehan calon untuk menterjemah dan menyelesaikan masalah matematik. Bahagian ini tidaklah memerlukan calon yang mahir matematik, tetapi lebih kepada kebolehan menggunakan matematik mudah untuk menyelesaikan masalah.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melaksanakan penilaian psikometrik sebagai saringan awal untuk bakal penjawat awam. Ujian psikometrik SPA akan memerlukan calon untuk menjawab 2 bahagian; psikometrik dari sudut psikologi dan juga penyelesaian masalah matematik.

Antara jawatan yang akan melalui ujian psikometrik kemasukan perkhidmatan awam (akan bakal ada perubahan mengikut keperluan SPA)

  1. Pembantu Awam H11
  2. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  3. Juruaudio Visual N19
  4. Pembantu Kemahiran H19
  5. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  6. Juru X-Ray U41
  7. Penolong Pegawai Perubatan U41
  8. Jururawat U41
  9. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  10. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  11. Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
  12. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
  13. Pemandu Kenderaan H11
  14. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41
  15. Pembantu Arkib S19
  16. Penghantar Notis N11
  17. Pembantu Operasi N11
  18. Pembantu Awam Gred H11
  19. Pegawai Imigresen KP19
  20. Pembantu Hidupan Liar G19
  21. Penolong Arkitek Landskap JA29
  22. Pembantu Tadbir N19
  23. Pembantu Tadbir Kewangan W19
  24. Pembantu Pendaftaran KP19
  25. Pegawai Kebudayaan B41
  26. Pembantu Pegawai Latihan
  27. Pembantu Hal Ehwal Islam
  28. Lain-lain jawatan Gred 29 ke bawah

Format soalan psikometrik

Calon diminta untuk menjawab soalan dalam masa yang pantas. Bagi menyelesaikan 200 soalan, calon diberikan masa 60 minit. (Berkemungkinan juga bakal terdapat perubahan dari segi masa dan jumlah soalan)

Penilaian yg berbentuk objektif ini tidak mempunyai format yang tetap. Pilihan jawapan bagi bahagian psikologi berbentuk seperti;

a. Setuju, Tidak Setuju dan Tidak Pasti
b. Ya dan Tidak
c. Sangat setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak setuju, Sangat tidak setuju
d. Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah

Sebenarnya tiada markah lulus untuk ujian psikometrik, jadi ujian psikometrik dilihat sebagai ujian yang mudah, namun terdapat perangkap yang calon sendiri tidak dapat melihatnya.Penilaian ini sememangnya ingin melihat sudut positif yang terdapat pada diri calon, namun calon juga perlu sedar akan ada soalan yang hampir sama fokusnya. Sekiranya calon menjawab soalan yang berbeza dengan jawapan yang berbeza itu merupakan kesalahan terbesar dalam menduduki ujian ini.

Jadi kata kunci bagi ujian psikometrik ialah konsisten.

Tips menjawab ujian psikometrik

1) tahu membezakan sifat positif dan negatif
2) mempamerkan kualiti positif yang ada pada diri calon
3) konsisten
4) bertenang
5) pengurusan masa yang baik untuk menjawab kesemua soalan
6) berlaku jujur

CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK

1. Saya lebih suka berpihak kepada pihak atasan walaupun apa pun keputusannya

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak pasti

2. Saya lebih produktif semasa melakukan kerja dalam berkumpulan berbanding berseorangan.

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak pasti

CONTOH SOALAN PENYELESAIAN MASALAH

1. Harga sehelai baju ialah RM18, dan diberi diskaun sebanyak 10%. Kira harga baru selepas diskaun baju tersebut.

A. RM10.00
B. RM16.20
C. RM8.00
D. RM14.00

2. 2.5 jam bersamaan dengan….

A. 2 jam 5 minit
B. 2 jam 50 minit
C. 2 jam 30 minit
D. 4 jam 16 minit

Latih tubi ujian psikometrik dapat membantu calon untuk membiasakan diri dengan soalan dan menguruskan masa dengan bijak untuk menjawab kesemua soalan.

SELAMAT BERJAYA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *