Categories
Latih Tubi

Contoh Soalan Psikometrik

Berikut merupakan contoh soalan psikometrik. Soalan dan pemarkahan di sini hanyalah sebagai contoh dan tidak melambangkan penilaian psikometrik yang sebenar.

Terdapat lebih daripada 90 contoh soalan psikometrik di bawah.

Semoga berjaya!

Soalan Psikometrik

Soalan psikometrik akan menilai kebolehan, minat dan juga personaliti calon. Calon disarankan untuk memilih nilai-nilai positif dan konsisten dengan jawapan yang diberikan. Pemarkahan soalan di sini tidak menyerupai pemarkahan ujian psikometrik yang sebenar.
Saya selesa bekerja dalam kumpulan
Saya lebih suka berpihak pada pihak atasan walau apa jua keputusannya
Saya lebih suka memberi arahan daripada menerima arahan
Saya merasakan saya bakal menjadi ketua yang baik
Saya tidak mempunyai masalah untuk bercakap di khalayak ramai
Saya suka bertemu dengan orang baru
Saya menggemari aktiviti luar
Saya suka menghadiri majlis keramaian
Saya mudah membuat kawan baru
Saya lebih suka memerhati dari jauh sebelum memulakan sesuatu
Saya lebih produktif apabila bekerja bersendirian berbanding dalam kumpulan
Saya cepat menyesuaikan diri di tempat baru
Jika saya mengalamai tekanan, saya lebih selesa memendam sendiri
Masalah kewangan adalah perkara biasa bagi saya
Pencapaian di sekolah tidak menggambarkan potensi kejayaan seseorang
Apa jua arahan pihak atasan saya perlu mengikutinya tanpa ragu-ragu
Ketua yang baik akan membantu mencapai kejayaan yang maksimum sesebuah organisasi/kumpulan
Saya bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah
Suara ahli kumpulan tidak perlu didengari semua untuk menjimatkan masa perbincangan
Saya pernah menyertai pertandingan perbahasan/debat di sekolah/institusi tinggi
Depresi adalah sakit yang diada-adakan untuk menarik perhatian orang sekeliling.
Saya akan berdiam diri sekiranya rakan sejawat membuat masalah
Saya tidak akan teragak-agak untuk meminjam duit dari institusi pinjaman persendirian
Tiada keperluan untuk mempelajari semua bidang kerana setiap orang ada keupayaan berbeza
Saya lebih selesa berkawan dengan yang sama jantina sahaja
Saya akan berasa gelisah setiap kali mesyuarat diadakan
Saya akan segera mengambil cuti sekiranya saya tidak dapat ke tempat kerja pada masa yang ditetapkan
Masalah kewangan akan menganggu prestasi saya
Saya sentiasa berpuas hati dengan pencapaian saya
Saya disenangi oleh rakan sejawat
Peluang kedua hanya perlu diberikan pada yang berkelayakan
Saya akan berdiam diri sekiranya saya merasakan saya yang bersalah
Saya sentiasa akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan
Saya tidak suka akan perubahan yang mendadak
Sekiranya rakan mendapat pujian saya akan berasa gembira untuknya
Saya sentiasa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja saya
Saya hanya akan melakukan kerja di bawah skop kerja saya sahaja
Saya tidak kisah bekerja lebih masa sekiranya perkhidmatan saya diperlukan
Pegawai atasan sentiasa perlu mengawasi kerja saya
Saya tidak berpuas hati sekiranya rakan yang menerima pujian atas hasil kerja saya
Saya sangat suka membaca buku dari pelbagai cabang ilmu
Saya hanya akan berpihak pada suara majoriti
Usia tidak menjamin kecemerlangan seseorang
Saya kurang selesa ditegur di khalayak ramai
Saya mempunyai rakan dari pelbagai kaum dan agama
Saya akan berkerja keras hanya untuk mendapatkan perhatian daripada pihak atasan
Sekiranya ada peluang untuk melanjutkan pelajaran saya tidak akan teragak-agak untuk meneruskannya
Hanya pendidikan dapat meningkatkan taraf hidup seseorang
Saya tetap akan menyatakan pendapat saya walaupun bakal dikritik
Saya akan menyembunyikan kesalahan pihak atasan kerana tidak ingin mempunyai masalah di kemudian hari
Cara pelaksanaan tidak penting asalkan mendapat hasil kerja yang cemerlang
Saya tidak suka meja kerja yang selerak dan tidak bersih
Saya boleh bekerja dalam keadaan apa sekalipun
Kesetiaan dalam organisasi lebih penting berbanding integriti
Saya kurang senang membimbing orang lain
Saya lebih suka pendapat saya diterima pakai
Saya sanggup berhabis wang ringgit dan masa demi urusan kerja
Kesempatan waktu yang terluang saya akan habiskan dengan belajar perkara baru
Ahli kumpulan yang bermasalah akan menjadi liabiliti besar
Organisasi yang hebat hanya datang daripada ketua yang hebat sahaja.
Memikul tanggungjawab adalah perkara yang saya paling elakkan
Saya seorang yang mudah bersimpati
Saya pernah melaporkan salahlaku pada pihak berkuasa
Matematik adalah subjek kegemaran saya
Saya memerlukan masa yang lama untuk melakukan pengiraan
Saya cepat mencogak dan cepat menyelesaikan masalah matematik yang mudah
Saya suka menyertai perbincangan mengenai orang lain.
Sebarang bentuk komunikasi di luar waktu kerja adalah tidak perlu
Pegawai atasan hanya bertanggungjawab untuk membuat keputusan
Saya mempunyai idea yang banyak tetapi saya tidak diketengahkan
Walaupun gagal berkali-kali saya tetap meneruskan usaha
Aktiviti bermasyarakatan adalah aktiviti yang saya tunggu-tunggukan
Kerap sangat bermesyuarat membantutkan produktiviti
Saya mudah berasa tertekan
Keluarga perlu diutamakan melebihi segalanya
Aktiviti luar hanya akan melambatkan saya dalam melaksanakan tanggungjawab
Pencapaian seseorang dapat dikenalpasti melalui kecemerlangan akademik di sekolah
Pencapaian akademik dan sahsiah adalah faktor utama kejayaan seseorang
Setiap orang harus mengikuti dan mempelajari teknologi masa kini
Kualiti lebih penting dari kuantiti
Meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial adalah jalan yang terbaik agar tidak menimbulkan masalah besar kelak
Aktiviti berdebat tidak perlu diadakan untuk mengelak konflik di kemudian hari
Pegawai atasan mempunyai hak untuk menghubungi orang bawahan pada bila-bila masa
Menunggu dan beratur merupakan perkara yang sia-sia
Mengambil risiko adalah perkara yang membuang masa
Saya akan menjauhkan diri daripada orang yang kerap mengeluh
Walau apa pun perkara negatif yang ada pada rakan, saya akan sentiasa mendampinginya
Saya tidak selesa apabila rutin harian saya diganggu dengan perkara yang tidak dijangka
Saya boleh menjadi seorang yang spontan
Memandu perlahan adalah perkara yang membuang masa
Lorong paling kiri/kecemasan boleh dilalui pada masa jalan sesak dan ketika saya sudah terlambat
Pertolongan harus diberikan pada mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh sahaja
Perbandingan hasil kerja perlu dilakukan untuk mencabar prestasi pekerja
Perubahan teknologi adalah perkara yang melecehkan kerana perlu belajar baru
Penjawat awam perlu diberikan keutamaan semasa berurusan di mana-mana pejabat kerajaan yang lain
Kita perlu berkongsi rezeki meskipun pada kucing yang datang semasa makan di restoran
Komentar di media sosial melambangkan keperibadian seseorang
Pandangan orang terhadap saya tidaklah penting kerana saya lebih mengenali diri sendiri
Kelemahan diri perlu disembunyikan
Suasana tempat kerja yang teratur membantu meningkatkan produktiviti kerja
Soalan Psikometrik
You got {{userScore}} out of {{maxScore}} correct
{{title}}
{{image}}
{{content}}

Macam mana? Dapat jawab banyak soalan di atas? Tulis komen anda di bawah!

1 reply on “Contoh Soalan Psikometrik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *