Categories
Latih Tubi

Contoh Soalan Matematik L19, LS19, FT19

Calon yang berjaya dalam tapisan awal bagi jawatan ber-gred 19 adalah calon yang terlebih dahulu memohon jawatan dalam perkhidmatan awam melalui kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan lain-lain sijil yang diiktiraf.

Bagi melayakkan calon dalam tapisan awal, calon perlu sekurang-kurangnya memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Manakala bagi calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan selagi calon memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu. Calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) sekurang-kurangnya kepujian ataupun lulus.

Calon dikendaki untuk menjawab dua (2) seksyen soalan bagi meluluskan mereka ke peringkat seterusnya. Disebabkan calon merupakan tapisan melalui kelulusan SPM, SKM, SVM, maka soalan lebih tertumpu kepada peringkat yang lebih kurang sama, iaitu SPM. Walaupun berbeza nama jawatannya seperti W19, KP19, L19 ataupun FT19, calon harus mengetahui bahawa huruf-huruf ini hanya melambangkan sektor perkhidmatan, penggredan 19 adalah sama bagi mana-mana sektor sekalipun.

Seksyen A ialah daya penyelesaian masalah, ataupun lebih dikenali dengan soalan matematik. Soalan matematik terdiri daripada 20 soalan dalam masa 30 minit.

Manakala Seksyen B ialah kefahaman Bahasa Inggeris. Soalan yang menguji pemahaman dan tahap kebolehan Bahasa Inggeris calon ini turut disediakan 20 soalan dengan peruntukan masa yang sama.

Terdapat 10 contoh soalan matematik untuk diselesaikan di bawah.

1. Yang manakah antara di bawah BUKAN nombor perdana?
A. 23
B. 33
C. 43
D. 53

2. Cik Dewi mengalami kerugian sebanyak 20% apabila dia menjual jam antiknya dengan harga RM400. Berapakah harga beli jam antik tersebut?
A. RM 480
B. RM 500
C. RM 600
D. RM 680

3. Encik Tan perlu menghadiri mesyuarat di Bandar XY pada pukul 2 petang. Jarak Bandar XY dengan kediamannya ialah 155km. Dia memandu dengan purata 100km/j. Pukul berapakah Encik Tan perlu bertolak untuk sampai pada tepat waktunya?
A. 12.20 tengah hari
B. 11.20 tengah hari
C. 12.27 tengah hari
D. 11.27 tengah hari

4. Encik Azlan mula bekerja sebagai seorang pekerja sambilan pada 1 Januari 2020 dengan gaji permulaan sebanyak RM530 sebulan. Tiga bulan kemudian dia dinaikkan gaji kepada RM50 sebulan. 6 bulan seterusnya, kenaikan gaji sebanyak RM40 sebulan. Hitung purata pendapatannya pada tahun tersebut
A. RM 693
B. RM 577.50
C. RM 620
D. RM 577

5. 2 jam 15 minit selepas jam 9.45
A. Pukul 12
B. Pukul 11.50
C. Pukul 12.50
D. Pukul 11

6. Terdapat kebarangkalian 1/10 belon pecah di dalam sebuah kotak yang mengandungi keseluruhan belon sebanyak 400 biji. Belon yang elok harus dibahagikan ke dalam 8 kotak yang serupa. Berapa jumlah belon pada setiap kotak?
A. 40 biji
B. 45 biji
C. 50 biji
D. 55 biji

7. Jisim sebuah van kilang dan muatan pekerja yang sama berat seramai 5 orang ialah 1.55 tan metrik. Hitung berat seorang pekerja jika jisim van kilang ialah 1250kg.
A. 50kg
B. 60kg
C. 55kg
D. 65kg

8. Antara berikut yang manakah BENAR?
A. 4.25 tan metrik = 42.50 kg
B. 255 minit = 4.25 jam
C. 0.66 km = 6600 cm
D. 550 ml = 55 liter

9. Sebotol air mengandungi 1500ml air. Sebanyak 2/3 air tertumpah. Kemudian sebanyak 1/2 air dituang ke dalam botol yang lain. Berapa liter air yang tinggal
A. 50 liter
B. 25 liter
C. 0.25 liter
D. 2.5 liter

10. Harga 10kg ikan adalah RM330, dan udang mahal dua kali ganda berbanding harga ikan. Berapakah jumlah perlu dibayar peraih jika dia hendak membeli 15kg ikan dan 7kg udang?
A. RM 462
B. RM 495
C. RM 1057
D. RM 957

Jadi bagaimana? Dapatkah anda menjawabnya? Sekiranya anda bersedia, boleh masuk ke dalam kuiz ini dan anda boleh ketahui markah anda serta merta.

SELAMAT MENGIRA!

Soalan Matematik Gred 19

Sila klik di bawah
Yang manakah antara di bawah BUKAN nombor perdana?
Cik Dewi mengalami kerugian sebanyak 20% apabila dia menjual jam antiknya dengan harga RM400. Berapakah harga beli jam antik tersebut?
Encik Tan perlu menghadiri mesyuarat di Bandar XY pada pukul 2 petang. Jarak Bandar XY dengan kediamannya ialah 155km. Dia memandu dengan purata 100km/j. Pukul berapakah Encik Tan perlu bertolak untuk sampai pada tepat waktunya?
Encik Azlan mula bekerja sebagai seorang pekerja sambilan pada 1 Januari 2020 dengan gaji permulaan sebanyak RM530 sebulan. Tiga bulan kemudian dia dinaikkan gaji kepada RM50 sebulan. 6 bulan seterusnya, kenaikan gaji sebanyak RM40 sebulan. Hitung purata pendapatannya pada tahun tersebut
2 jam 15 minit selepas jam 9.45
Terdapat kebarangkalian 1/10 belon pecah di dalam sebuah kotak yang mengandungi keseluruhan belon sebanyak 400 biji. Belon yang elok harus dibahagikan ke dalam 8 kotak yang serupa. Berapa jumlah belon pada setiap kotak?
Jisim sebuah van kilang dan muatan pekerja yang sama berat seramai 5 orang ialah 1.55 tan metrik. Hitung berat seorang pekerja jika jisim van kilang ialah 1250kg.
Antara berikut yang manakah BENAR?
Sebotol air mengandungi 1500ml air. Sebanyak 2/3 air tertumpah. Kemudian sebanyak 1/2 air dituang ke dalam botol yang lain. Berapa liter air yang tinggal
Harga 10kg ikan adalah RM330, dan udang mahal dua kali ganda berbanding harga ikan. Berapakah jumlah perlu dibayar peraih jika dia hendak membeli 15kg ikan dan 7kg udang?
Soalan Matematik Gred 19
You got {{userScore}} out of {{maxScore}} correct
{{title}}
{{image}}
{{content}}

P.S Kalau berminat untuk dapatkan lebih banyak soalan tambahan, boleh dapatkan e-book ini. Klik pada gambar untuk membaca butiran e-book ini.

E-book Tim Info Kerjaya, Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Undang-undang

1 reply on “Contoh Soalan Matematik L19, LS19, FT19”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *