Categories
Latih Tubi

Contoh Soalan Matematik Gred 29

Calon yang berjaya dalam tapisan awal bagi jawatan ber-gred 29 adalah calon yang terlebih dahulu memohon jawatan dalam perkhidmatan awam melalui kelulusan Diploma, Sijil Tinggi Pelajaran (STP), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ataupun Higher School Certificate (HSC)

Bagi melayakkan calon dalam tapisan awal dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, calon perlu sekurang-kurangnya memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Pemegang sijil diploma pula harus memastikan mereka merupakan graduan daripada institusi pengajian awam mahupun swasta yang telah mendaftar dengan agensi kelayakan Malaysia (MQA) yang selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

Calon boleh memeriksa kelayakan institusi pengajian di sini https://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyiptskolej.cfm

Calon dikendaki untuk menjawab tiga (3) seksyen soalan bagi meluluskan mereka ke peringkat seterusnya. (mungkin berbeza mengikut sektor perkhidmatan) Disebabkan calon merupakan tapisan melalui kelulusan diploma dan sijil tinggi maka soalan lebih tertumpu kepada peringkat yang lebih kurang sama. Walaupun berbeza nama jawatannya seperti JA29, S29, U29 ataupun E29, calon harus mengetahui bahawa huruf-huruf ini hanya melambangkan sektor perkhidmatan, penggredan 29 adalah sama bagi mana-mana sektor sekalipun.

Seksyen A ialah pengetahuan am. Calon akan diuji soalan-soalan mengenai perlembagaan, perundangan dan agensi-agensi serta hal lain mengenai Malaysia.

Seksyen B ialah daya penyelesaian masalah, ataupun lebih dikenali dengan soalan matematik. Soalan matematik terdiri daripada 20 soalan dalam masa 30 minit.

Manakala Seksyen C ialah kefahaman Bahasa Inggeris. Soalan yang menguji pemahaman dan tahap kebolehan Bahasa Inggeris calon ini turut disediakan 20 soalan dengan peruntukan masa yang sama.

Terdapat 10 contoh soalan matematik untuk diselesaikan di bawah.

1- Sebuah bas persiaran bertolak ke Bandar X pada pukul 0815. Dalam perjalanan, basnya mengalami kerosakan. Sepatutnya bas tersebut akan tiba 4 jam 20 minit kemudian. Sekiranya kelewatan bas tersebut mengambil masa sehingga 45 minit, pada pukul berapakah bas tersebut akan sampai?
A. 1.20 tengah hari
B. 0120
C. 1.30 tengah hari
D. 0130

2- 8 biji kek dipotong kepada 6 bahagian yang sama saiz setiap sebiji. Bagi setiap potongan kek tersebut berjisim purata 45g. Hitung jisim bagi 1/2 bahagian daripada keseluruhan jumlah kek tersebut.
A. 1 080g
B. 2 160g
C. 1 160g
D. 2 080g

3- Sebiji gelas yang dibiarkan di bawah matahari selama sejam telah mengalami proses pemeluwapan apabila 3% daripada jumlah keseluruhan isi padu air telah berkurangan. Sekiranya jumlah asal isi padu ialah 200 liter, berapakah isi padu air yang masih tinggal selepas 4 jam?
A. 188 liter
B. 176 liter
C. 156 liter
D. 146 liter

4- Adam memberikan 1 biji kek kertas percuma dengan pembelian 10 biji kek kertas. Harga bagi sebiji kek kertas ialah RM1.50. Berapakah yang perlu dibayar sekiranya ingin mendapatkan 350 biji kek kertas?
A. RM 343.5
B. RM 525
C. RM 478.5
D. RM 490

5- Sebuah silinder mempunyai ketinggian 50cm dan luas tapak 150cm. Berapakah isi padu 2/3 silinder tersebut?
A. 7500
B. 5000
C. 750
D. 500

6- Pendapatan Najib ialah RM5,500 sebulan. Sebanyak 15% pendapatannya diperuntukkan untuk bayaran ansuran kereta manakala 10% lagi untuk bayaran kad kredit. Selebihnya dibahagikan kepada 5 bahagian dan 1 bahagian untuk disimpan. Berapakah jumlah simpanan Najib untuk 5 bulan
A. RM 1375
B. RM 2750
C. RM 1145
D. RM 2290

7- (81, 64, x , 36, 25). Nilai x ialah…
A. 47
B. 49
C. 17
D. 56

8- Sebuah kedai menggunting rambut membuat promosi, RM 12 untuk setiap pelanggan. Pada hari tersebut, pendapatan purata diperolehi ialah RM 450 bagi setiap pendandan rambut. Sekiranya terdapat 4 orang pendandan rambut, berapakah bilangan pelanggan pada hari tersebut?
A. 15 orang
B. 18 orang
C. 180 orang
D. 150 orang

9- Luth perlu memindahkan bakul-bakul yang mengandungi buah jambu, dan setiap buah jambu berjjisim purata sebanyak 125g. Luth telah memindahkan bakul tersebut 5 kali. Hitung jumlah buah jambu yang telah dipindahkannya sekiranya Luth hanya boleh mengangkat beban seberat 5kg sahaja.
A. 150 biji
B. 100 biji
C. 50 biji
D. 40 biji

10- (20, 21, 23, 26, 28, y) ialah set data yang mempunyai nilai min sebanyak 23. Sekiranya data baru x dimasukkan ke dalam nilai set data tersebut min data ialah 24, hitung nilai y + x .
A. 65
B. 70
C. 50
D. 45

Jadi bagaimana? Dapatkah anda menjawabnya? Sekiranya anda bersedia, boleh masuk ke dalam kuiz ini dan anda boleh ketahui markah anda serta merta.

SELAMAT MENGIRA !

Soalan Matematik Gred 29

Sila klik di bawah
Sebuah bas persiaran bertolak ke Bandar X pada pukul 0815. Dalam perjalanan, basnya mengalami kerosakan. Sepatutnya bas tersebut akan tiba 4 jam 20 minit kemudian. Sekiranya kelewatan bas tersebut mengambil masa sehingga 45 minit, pada pukul berapakah bas tersebut akan sampai?
8 biji kek dipotong kepada 6 bahagian yang sama saiz setiap sebiji. Bagi setiap potongan kek tersebut berjisim purata 45g. Hitung jisim bagi 1/2 bahagian daripada keseluruhan jumlah kek tersebut.
Sebiji gelas yang dibiarkan di bawah matahari selama sejam telah mengalami proses pemeluwapan apabila 3% daripada jumlah keseluruhan isi padu air telah berkurangan. Sekiranya jumlah asal isi padu ialah 200 liter, berapakah isi padu air yang masih tinggal selepas 4 jam?
Adam memberikan 1 biji kek kertas percuma dengan pembelian 10 biji kek kertas. Harga bagi sebiji kek kertas ialah RM1.50. Berapakah yang perlu dibayar sekiranya ingin mendapatkan 350 biji kek kertas?
Sebuah silinder mempunyai ketinggian 50cm dan luas tapak 150cm. Berapakah isi padu 2/3 silinder tersebut?
Pendapatan Najib ialah RM5,500 sebulan. Sebanyak 15% pendapatannya diperuntukkan untuk bayaran ansuran kereta manakala 10% lagi untuk bayaran kad kredit. Selebihnya dibahagikan kepada 5 bahagian dan 1 bahagian untuk disimpan. Berapakah jumlah simpanan Najib untuk 5 bulan
(81, 64, x , 36, 25). Nilai x ialah...
Sebuah kedai menggunting rambut membuat promosi, RM 12 untuk setiap pelanggan. Pada hari tersebut, pendapatan purata diperolehi ialah RM 450 bagi setiap pendandan rambut. Sekiranya terdapat 4 orang pendandan rambut, berapakah bilangan pelanggan pada hari tersebut?
Luth perlu memindahkan bakul-bakul yang mengandungi buah jambu, dan setiap buah jambu berjjisim purata sebanyak 125g. Luth telah memindahkan bakul tersebut 5 kali. Hitung jumlah buah jambu yang telah dipindahkannya sekiranya Luth hanya boleh mengangkat beban seberat 5kg sahaja.
(20, 21, 23, 26, 28, y) ialah set data yang mempunyai nilai min sebanyak 23. Sekiranya data baru x dimasukkan ke dalam nilai set data tersebut min data ialah 24, hitung nilai y + x .
Soalan Matematik Gred 29
You got {{userScore}} out of {{maxScore}} correct
{{title}}
{{image}}
{{content}}

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *